Tuesday 6 March 2012

sampai nanti hari itu..

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

berpegang pd kata-kata suci Al Quran di atas.. aku menjadi seorang yg semakin teguh dgn semangat baru yg meresap dlm hidup aku.

aku semakin hari semakin hilang cinta pada hal-hal dunia..
aku belajar mencintai setiap musuhku..
aku belajar redha dgn setiap ketidak jagaan sensitiviti suami terhadap jiwaku
aku belajar merasa syukur dan cukup dgn segala rezeki anugerah dr Nya
aku belajar mencari nikmat utk melaksanakan segala amanah Nya
aku belajar utk tidak lalai dan takbur dgn nikmat pinjaman dr Nya..

Allah Maha Besar..

aku sedang menunggu suatu hari dimana aku dan suami mula mengenal erti sebuah hubungan kerana Allah.. cinta kerana Allah... dan perkahwinan yang kian membesar dibawah perhatian dan naungan Allah...

disapa sedikit sesalan... bila mengingatkan laluan cinta muda yg tidak begitu mengikut laluan perintahNya dan sunnah sunnnah Nabi Junjungan .. maafkan aku duhai Pemilik Alam Semesta..
jika diputar semula masa... malu aku pada apa yg telah dilalui bersama..

Alhamdullillah dia menjadi cintaku ...

akan aku nikmati dr tarikh mula suatu hubungan hingga saat nyawa kami pulang kepada Penciptanya..

sampai nanti.. haruman buat si dia.. :)

No comments:

Post a Comment