Saturday 24 March 2012

hari ini hari ahad.. semalam adalah sabtu..
semalam suami telah pon meninggalkan aku dan anak2 utk sementara waktu..
belayarlah beliau menuju ke destianasi rahsia...
tidak elok rasanya berasa berat hati melepaskan beliau pergi..
rela dan pasrah...

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

esok adalah ulangtahun kelahiran beliau ketiga puluh...
esok adalah hari dimana aku akan persembahkan kajian ku..
esok bermakna hari penting aku dan beliau..
tapi esok.. aku di kuala lumpur.. beliau di lautan...
dan anak-anak ku...di rumah pengasuh..

saat ini aku cuma mahu bahu beliau utk aku bersandar.. mencari kekuatan..
tapi, nasib itu tidak selalunya sepertia apa yg kita harapkan..

usahkan mengharapkan bahu nya..
suara nya juga tidak kedengaran dr semalam..

aku masih tidak dapat menghubungi beliau.. tentu, begitu juga beliau..
pasrah... menyerah utk kali ini...

“...Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

semoga berjaya cinta hati.. semoga berjaya dan lulus cemerlang dalam setiap ujian untuk menjadi seorang juruterbang .. tidak lagi hanya seorang pembantu juruterbang (co-pilot)

sebagai isteri..aku hanya mendoakan yg terbaik...
tp, alangkah baik nya jika ketika ini kita dpt bersama.. :(

namun aku percaya...


ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya.

surah Al-Imran ayat 1 -6.




No comments:

Post a Comment