Monday 20 February 2012

mencari damai di hati

selalu ku dengar... menang itu keutamaan.. jgn mudah mengalah...
tapi kadang-kadang mengalah itu adalah nikmat yang sangat mulus dan tulus..

Allah menjadi kan alam utk kita menikmati.. menghisab ilmu nya..
tapi, manusia ini melampiaskan amarah tanpa berusaha utk mengaku kalah...
menang itu segalanya...

arhh...

tidak pada aku hari ini...

menang bukan lah tujuan hidupku..
apalagi kemenangan itu hanya di dunia.. dunia yg sebantar lagi akan kita tinggalkan
selepas puas mengumpul dosa..

indahnya mencari damai di hati..
nikmatnya sabar yg di cari..

Allahu rabbi... aku hambaMu yg lemah.. yg sangat lemah...
jika kau mahu menguji ku.. Kau uji lah menurut kemampuan ku..
jika kau mahu mencoba ku.. Kau berilah Coabaan yg mendekatkan aku pada RahmatMu..

aku hanya mahu berteduh di arash Mu yg redup..
damai kan lah hati ini...

perlukah menjadi kegemaran..

ade beberapa perkara berlaku beberapa hari ini...
aku awalnya berfikir... 'kenapa aku tidak menjadi kegemaran dan kesukaan ' segolongan manusia..
dan kemudian nya aku di beritahu oleh akal ku..
'untuk apakah menjadi kesukaan manusia yg tidak tahu 'suka itu kerana apa..'

kesukaan manusia pd manusia yg lain hanya buat kita lupa dan alpa.. merasa diri begitu menarik yg mungkin menjadi punca gagalnya iman seseorang berfungsi dgn baik..

betuilah pepatah mengatakan... biar hina di mata manusia.. jgn hina dimata Nya yg Maha Berkuasa..
tp bukan kah cendekiawan juga ada berkata... ' jika sahabat mu tidak suka akan mu..maka benarlah apa yg kawan mu itu rasai..'

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

 Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.~ makna sahabat menurut Rasulullah..

 “Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

semoaga aku dapat sedikit panduan... aku percaya kdg2 kita tidak dpt melihat kebaikan pd orang lain.. begitu juga kacamata org lain yg hanya nmpk buruk nya pada kita..

wallahualam..

yang pertama

sebagai permulaan.. aku memilih untuk menulis di tempat yang baru.. yang aku kira akan menjadi diri ini lebih jujur pada apa yg aku tulis.. tiada lagi istilah menunjuk-nunjuk apa adanya perkongsian yg telah dan bakal tertulis.. hati org yg dtg tiba2 sungguh susah utk dijangka..
mereka lebih suka menjengah dan merasa sesedap rasa...

di sini aku dengan suatu cerita tentang aku, dan cinta-cinta ku...
terima kasih kepada cinta yg menyejukkan.. cinta yg punya rasa sabar dan pejuang kesabaran selama kita bersama..

dan dgn cinta.. aku punya dua lagi cinta.. Muhammad Tuah dan puteri Fortuna.. itu sebenarnya nama gelaran utk cinta-cinta kecil ku sejak dulu..
akan ku kisahkan tentang cinta-cinta ku di masa akan datang..