Monday 20 February 2012

perlukah menjadi kegemaran..

ade beberapa perkara berlaku beberapa hari ini...
aku awalnya berfikir... 'kenapa aku tidak menjadi kegemaran dan kesukaan ' segolongan manusia..
dan kemudian nya aku di beritahu oleh akal ku..
'untuk apakah menjadi kesukaan manusia yg tidak tahu 'suka itu kerana apa..'

kesukaan manusia pd manusia yg lain hanya buat kita lupa dan alpa.. merasa diri begitu menarik yg mungkin menjadi punca gagalnya iman seseorang berfungsi dgn baik..

betuilah pepatah mengatakan... biar hina di mata manusia.. jgn hina dimata Nya yg Maha Berkuasa..
tp bukan kah cendekiawan juga ada berkata... ' jika sahabat mu tidak suka akan mu..maka benarlah apa yg kawan mu itu rasai..'

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

 Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.~ makna sahabat menurut Rasulullah..

 “Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

semoaga aku dapat sedikit panduan... aku percaya kdg2 kita tidak dpt melihat kebaikan pd orang lain.. begitu juga kacamata org lain yg hanya nmpk buruk nya pada kita..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment